- Hit: 1661
Sg Pelek, 2/6/2015 – Yayasan Basmi Kemiskinan mengagihkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhgan kepada 3 keluarga miskin terpilih di sekitar Sg Pelek Sepang. Sumbangan diselaras oleh Akademi Kemahiran YBK Gesiir iaitu Encik Romadni Sharif dan disampaikan oleh Dato Hj Bing Selamatr Amir Lembaga Pemegang Amanah YBK
Yarabi bin Yusuf (52 tahun), yang buta kedua-dua belah matanya tinggal bersama isteri dan 3 orang anak yang masih bersekolah di Kg.Bukit Bangkong.Isteri beliau bekerja mengambil upah mengemas rumah orang bagi membantu suaminya yang hanya mampu bekerja sebagai tukang urut.
Keluarga asnaf Lembaga Zakat Selangor ini telah menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 yang diserahkan oleh Dato Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan.Turut serta dalam kunjungan ke rumah En. Yarabi adalah Datin Tisa, Pn.Rohana dan Pn.Salbiah dari Sek.Men.Keb. Sg.Rawang dan En.Mohd Romdani dari Akademi Kemahiran Gesir.
Pn. Siti Fatonah binti Mohd Rafii (55 tahun), merupakan seorang ibu tunggal yang telah kematian suami 15 tahun yang lalu. Beliau mengalami kesukaran untuk bekerja akibat sakit saraf yang dihidapi sejak 5 tahun lalu tinggal di Kg.Bukit Bangkong, Sg.Pelek, Sepang bersama-sama 3 orang anak perempuan. 2 orang anak Pn. Siti Fatonah masih bersekolah manakala seorang lagi yang berusia 18 tahun baru sahaja bekerja di KFC.
Sumbangan SKR 2016 telah diserahkan kepada Pn.Siti Fatonah oleh Dato Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Turut serta dalam kunjungan dan penyerahan SKR 2016 ini adalah Datin Tisa bersama-sama Cikgu Rohana dan Cikgu Salbiah daripada Sek.Men.Sg.Rawang, Sg.Pelek. En.Mohd Romdani dari Akademi Kemahiran Gesir turut hadir sama.
En.Jalil bin Sumiri di Kg.Ulu Teris,Sg.Pelek,Sepang telah disempurnakan oleh Datin Tisa bersama Dato Bing Selamat Amir, ALPA YBK hari ini. Sumbangan diterima oleh Pn.Fauziah binti Lani iaitu isteri En.Jalil.En.Jalil bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit bagi membesarkan 12 orang anaknya di mana 7 orang daripada mereka masih di bangku persekolahan.