Sekinchan, 31/5/2-16, 1/6/2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengagih bantuan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada 6 keluarga miskin terpilih sekitar Sekinchan, Tg Karang dan Sg Besar. Sumbangan telah disampoaikan oleh Pusat Latihan YBK Kuala Selangor yang dipimpin oleh Pengetua Encik Zulkefli Jali

En Rosli Bin Misnan di Tg Karang. Beliau adalah seorang bapa yang membuat kerja kerja kampung, mengutip sayur dan mencari umpun umpun dengan pendapatan sekitar RM700 sebulan dan menyara 3 org anak yang masih bersekolah berusia diantara 13 tahun hingga 5 tahun. Mereka sekeluarga kini menumpang dirumah pusaka peninggalan arwah ibubapa isterinya. Sumbangan diserahkan kepada isterinya Puan Noor Azura Binti Suwito kerana En Rosli sedang bekerja sewaktu kami melawat kediamannya.

En Ramli bin Hamzah di Sg Besar. Beliau yang menghidap penyakit jantung bekerja sebagai pemotong rumput dengan pendapatan purata RM700 sebulan perlu menyara isteri, 3 anak yang mana 2 masih bersekolah rendah, seorang cucu dan ibu bapa mertua beliau.Menetap dirumah mertua yang uzur dimana bapa mertua berusia 82 tahun dan tidak mampu bergerak dan ibu mertua berusia 78 yang telah nyanyuk dan bergantung dengan kerusi roda sepenuhnya.Sewaktu kehadiran kami menyampaikan sumbangan, bapa mertua beliau sedang tenat di Hospital Tunku Ampuan Jamaah Sabak Bernam.Semoga beliau terus tabah menghadapi ujian hidup dan kehadiran Ramadhan kali ini memberi sinar kepada beliau sekeluarga.

 

Puan Asfidah Binti Salamat di Tg Karang. Beliau adalah seorang ibu tunggal yang bekerja menghantar anak-anak jiran ke sekolah dan membantu menghias pelamin dengan pendapatan sekitar Rm500 sebulan dan menyara 3 orang anak berusia 13 tahun dan 2 org anak kembar berusia 8 tahun yang masih bersekolah.

Puan Rusmiati Binti Rusli di Tg Karang.Beliau adalah ibu tunggal yang baru kematian suami pada awal tahun Januari 2016 berpunca dari penyakit kanser yang dihidapinya. Semasa kematian suami, beliau sedang sarat mengandung dan kini masih dalam tempoh berpantang. Buat masa ini beliau tiada sumber pendapatan kerana tidak bekerja dan perlu menyara 6 org anak yang masih kecil berusia diantara 14 tahun hingga 2 bulan.

Puan Norazah binti Mohamad di Sekinchan. Merupakan ibu tiri kepada 4 beradik yang kehilangan ayah kandung pada Disember 2015 yang lalu. Terdahulu, ibu kandung kepada 4 beradik tersebut meninggal dunia pada 2007 sebelum Puan Norazah menjadi pengganti ibu mereka.Anak yang sulung berusia 17 tahun bersekolah di SMK Dato Mustafa dan pada malamnya bekerja menjual burger di kampung. Selain itu dia juga meneruskan perniagaan kecil-kecilan arwah bapanya menjual gas kepada orang kampung.Anak kedua beliau pula berusia 16 tahun bersekolah yang sama dan gigih bekerja di kedai makan selepas habis sekolah hingga 1 pagi untuk mencari duit poket sendiri.Anak ketiga berusia 14 tahun juga bersekolah di tempat yang sama dan yang bongsu pula berusia 12 tahun.

Bapa tunggal En Mohd Isnadi bin Mohd Ngasri membesarkan 4 anaknya bersendirian setelah isterinya meninggal dunia 5 tahun lalu.  2 anaknya belajar di SMK Dato Mustafa, yang ketiga berusia 15 tahun menuntut di MRSM Kuala Kubu Baharu dan yang keempat berusia 12 tahun belajar di SK Pasir Panjang.. Beliau yang bekerja sebagai tukang rumah sekitar kawasan Sekinchan berjaya membesarkan anaknya yang sulung yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, yang kedua berusia 17 tahun meSemoga pengorbanan beliau menjadi pembakar semangat anak-anaknya untuk terus maju dalam pelajaran. Diharapkan kehadiran Ramadhan kali ini memberi seribu makna yang bererti kepada keluarga beliau dan sedikit bantuan SKR dapat meringankan beban keluarga beliau.

 

 

 

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;