- Hit: 1604
Kuala Selangor, 7/5/2016 - Pusat Latihan YBK Kuala Selangor hari ini berjaya menganjurkan Kayuhan Amal Sinar Kasih Ramadhan (SKR2016) Yayasan Basmi Kemiskinan. Majlis pelepasan peserta pada jam 8.30 pagi telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, YB Jakiran Jakomah. Program ini adalah sebagai usaha mengutip Tabung Sinar Kasih Ramadhan 2016 yang sedang berjalan,
Program Sinar Kasih Ramadhan 2016, adalah usaha meningkatkan kesedaran orang ramai membantu golongan miskin menyediakan keperluan berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan. Sehingga kini YBK telah berjaya mengutip dari sumbangan orang ramai dan koperat untuk membiayai 300 keluarga termiskin seluruh negara @ RM600.00 setiap keluarga. Untuk program Kayuhan Amal ini, seramai 90 orang peserta mengambil bahagian dan berjaya mengutip RM3,830.00 melaui penyertaan @RM30 seorang dan hasil jualan lelong.
Kayuan Amal SKR2016 yang dilaksanakan buat kali pertama telah mendapat sokongan dan kerjasama dari Kelab Berbasikal Kuala Selangor, Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor, Jabatan Perparitan & Saliran Daerah dan Majlis Daerah Kuala Selangor. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Datyo Zainal Abidin Hj Sakom Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Majlis berakhir pada jam 1.20 tengahari selepas makan tengahari. YBK bercadang menjadi acara ini sebagai program tahunan sebagai menyokong usaha kutipan sumbangan kewangan Sinar Kasih Ramadhan YBK.