- Hit: 1645
Serendah, 23 April 2016 - Program Tanam Budi Semaian Kasih Asrama Kasih Ybk dgn kerjasama bersama Syarikat Servecare Sdn Bhd dari Jasin Melaka diadakan di Serendah.
Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Tn Hj Hakim dpd syarikat konsultan Progress mengenai teknik penanaman dan penjagaan pokok yang betul.
Seterusnya Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan YBhg Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom hadir bertemu dgn anak2 ASKAYBK, menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Tanam Budi Semaian Kasih.
Menyentuh ttg tajuk program yg semestinya sinonim dgn YBK, Dato menyeru agar anak2 ASKYBK sentiasa berbudi dan memberi khidmat balik kepada masyarakat sehingga menampakkan hasil yg membanggakan.
Begitu juga tujuan program diadakan di mana Alumni ASKAYBK berbudi dn menyemai kasih di tempat mula mereka dibentuk dan dididik serta membina jati diri dan sahsiah diri.
Dato' turut menyampaikan hadiah penghargaan kepada seramai 15 anak-anak Asrama yang berjaya menghafaz surah Al Sajjadah dan Al Jin.
Dato Zainal seterusnya menyempurnakan upacara simbolik menanam pokok buah Durian Belanda di tepi padang Surau Asrama Kasih.
Program diteruskan dengan majlis perkongsian kisah kejayaan Alumni Asrama Kasih YBK bersama Dr Fatimah Adzahroh, Saudara Hashim Saudari Shazana dan Saudara Rashahadir.
Antara inti pati perkongsian mereka supaya anak2 tidak mensia2kan peluang yang mereka perolehi semasa berada di ASKAYBK; tidak meninggalkan solat; tetapkan sasaran utk capai keputusan paling baik/tertinggi; siapkan nota rujukan; dan tdk membuang masa.
Pendidikan dan peraturan di ASKAYBK yang ditetapkan di asrama adalah sebagai satu asas latihan sebelum mereka keluar dan menjadi seorang yg berjaya.
Turut hadir memeriahkan program ini Dato Hj Beng Selamat, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan En Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK.
NOTA:
Asrama Kasih YBK Serendah adalah program pembiayaan pembelajaran dan kehidupan pelajar miskin dan yatim.
Asrama ini terletak di Kg Seri Serendah Mukim Serendah Hulu Selangor dan dibangunkan pada tahun 1994 (diubahsuai pada tahun 2000).
Program ini bertujuan membantu pelajar dengan kemudahan dan pembiayaan sara hidup, pembelajaran dan pembangunan sahsiah pelajar.