Cyberjaya, 7/4/2016 - hari ini YBK menempa satu lagi sejarah dalam kalendarnya apabila menandatangani Perjanjian Bersama YBK-UIM membiayai Kursi Khas Professor Kesejahteraan YBK Universiti Islam Malaysia.

Dengan termeteranya perjanjian ini, Yayasan Basmi Kemiskinan sebagai sebuah yayasan bersetuju menyediakan dana sebanyak RM300,000.00 setahun membiayai kos-kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) tentang kesejahteraan dan kegembiraan, penulisan dan penerbitan buku Kesejahteraan & Kegembiraan, pembangunan modul latihan jika ada dan seminar.

Pihak Universiti Islam Malaysia pula bersetuju dan melantik Dato Prof Emeritus Sulaiman Yassin sebagai pemegang kursi akan menjalankan penyelidikan dan menerbitkan buku, membangunkan modul latihan kesejahteraan dan kegembiraan dan psikologi positif (well-being, happiness and positive psychology), mengadakan seminar secara berkala, memberi syarahan dan membantu dalam program perkhidmatan masyarakat UIM dan YBK.

Dalam ucapan aluan Tan Sri Dr Yusof Nor mengistiharkan bahawa YBK merupakan yayasan pertama di dunia ini yang sanggup membiayai kursi professor di universiti sebagai sumbangan kepada kesejahteraan ummah. Kesungguhan YBK melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan sejak 26 tahun dan kini meneroka pula isu kesejahteraan akan memberi sumbangan besar kepada kesejahteraan sejagat.

Dato Zainal Abidin Sakom bagi pihak YBK, menyatakan usaha, YBK sentiasa melaksanakan sesuatu program dengan pendekatan seiring dan sejalan iaitu seiring membangunkan negara dan sejalan mendapat keredhaan Allah. Beliau juga menegaskan YBK di bawah pimpinannya hanya berusaha menjayakan seruan menyebarkan salam dan seterusnya memberi kesejahteraan kepada rakyat yang memerlukan. Semuga sumbangan YBK ini, Malaysia akan mendapat rahmat dan hidayah kerana masih ada yang menjalankan amall dan jariah yang disarankan Islam.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;