- Hit: 1683
KLIA SEPANG, 25 Mac 2016 - YBK telah menaja sepuluh (10) orang untuk menunaikan ibadah umrah yang dikelolakan oleh Az-Zuha Group Travel and Tours. Mereka merupakan golongan miskin di Selangor termasuk peserta Desa Kasih YBK. Program tajaan umrah ini adalah untuk tahun yang ke-3. Semua peserta telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mereka adalah Yaakob Ismail (Kuala Selangor), Mohd Khairi Yunus (Sg. Ayer Tawar Sabak Bernan), Yusof b Mohd Noor (Desa Kasih Merbau Berdarah), Abu Dardak b Hj Alias (Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai Sabak Bernam), Muhamad b Mohd Saad (Sg Besi KL), Ali Rahmat b Asheri (Pantai Dalam KL), Asiah bt Aziz dan Salmah bt Kumik (Sg Choh Rawang), Rozalida bt Baharum (Sertendah) dan Mohd Rasul b Bahaman (Rawang)
Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom turut meluangkan masa melawat para peserta dan menyampaikan sumbangan. Beliau turut menyampaikan pesanan agar para peserta memanfaatkan masa untuk beribadah sepenuhnya dan mengambil barakah semasa di Tanah Suci. Sebelum berlepas, peserta juga telah mendengar taklimat daripada ketua rombongan. Turut hadir, Dato' Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.
Program tajaan umrah ke Tanah Suci adalah salah satu usaha murni YBK memanifestasikan penghargaan dan akan diteruskan di masa-masa yang akan datang.