- Hit: 1838
Kuala Lumpur, 16 Jan 2016 - Program Menyantuni Gelandangan yang dilaksanakan secara bulanan oleh YBK telah telah bermula tahun 2015 yang lalu. Sebanyak 100 pek makanan sumbangan YBK telah diagihkan kepada golongan gelandangan yang menunggu di pintu masuk Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur.
Proses agihan dilaksanakan dengan semangat saling membantu antara pegawai masjid, pegawai YBK dan sukarelawan yang hadir. Agihan bermula pada jam 11:45 pagi selepas bacaan doa. Setiap gelangan menerima pek makanan dan minuman dan agihan berjalan lancar cuma pada hari ini cuaca hujan renyai-renyai. Walaupun begitu agihan tetap dijalankan kerana golongan gelandangan ini telah beratur sejak jam 11.20 pagi lagi.
YBK dan pihak Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur komited meneruskan Program Menyantuni Gelandangan ini memandangkan sambutan yang diberikan adalah amat baik. Program ini telah menjadi platform kepada YBK dan masyarakat untuk memupuk nilai empati dan kesukarelawan di kalangan mereka yang terlibat.