- Hit: 1775
Sepangย 5/1/2016 - Skuad Kasih YBK (SKY) telah melakukan siasatan kes di Sepang keperitan seorang ibu tunggal dari Kg Cemperai Dengkil menguruskan 3 orang anaknya. Hasil siasatan YBK telah menawarkan kemasukan seorang lagi anaknya ke Asrama Kasih YBK Nur Amanina bt Jali ย ke Asrama Kasih YBK Serendah. Ibunya, Pn Noreha Che Deraman merupakan ibu tunggal dan tahap kesihantannya kurang baik. Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah dan berharap agar anaknya mendapat pendidikan yang sempurna di masa hadapan. Nur Amanina di dalam tingkatan 4, SMK Dengkil.
Sebelum itu YBK telah menawarkan adiknya Balkis ke Asrama YBK. Kes ini juga telah mendapat perhatian ADUN Dengkil YB Shahrum Dato Mohd Shariff yang menulis surat ke YBK atas keprihatinan membantu menyokong permohonan penjaga pelajar ini, Kes ini diusulkan oleh Puan Norma Selamat semasa pihak JASA Sepang mengadakan ceramah isu-semasa di Tadika KEMAS Kg Cemperai tahun lepas. Semoga Adik Imanina dan Adik Balkis akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran. Sangat seronok dan tersentuh melihat riak gembira adik2 ini saat menerima surat tawaran daripada YB Shahrum. '
ย