Sentul, 29/12/2015 - Maklumat disampaikan melalui NGO UNGGAS KL tentang keluarga yang tinggal di PPR Negeri Sembilan, Sentul Kuala Lumpur. 12 orang ahli keluarga ini tinggal di rumah dua bilik dengan ketiadaan bekalan air akibat pemotongan bekalan. Pihak Baitulmal membantu memberikan bantuan bulanan sebanyak RM700.00.

Selain itu keluarga ini bergantung kepada hasil jualan secara kecil-kecilan seperti menjual air dan makanan ringan di Dataran Merdeka. Puan Ruslelawati isteri En Wahab memerlukan rawatan 3 kali seminggu di HKL akibat masalah kesihatan.

Lawatan ini turut disertai oleh Ustaz Faizal mewakili ALPA YBK. Misi utamanya adalah untuk menawarkan peluang pendidikan yang boleh diberikan oleh YBK kepada anak-anak En Abd Wahab. Bagi kami pendidikan merupakan teras utama dalam mengharungi cabaran yang akan datang. Ustaz Faizal juga sempat memberikan sedikit motivasi supaya anak-anak ini mampu menjaga diri dalam dunia mencabar kini.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;