- Hit: 1632
KUALA LUMPUR, 26 Disember 2015 - Program Menyantuni Gelandangan yang dilaksanakan secara bulanan oleh YBK telah menutup tirainya bagi tahun 2015 pada hari ini. Sebanyak 100 pek makanan sumbangan YBK telah diagihkan kepada golongan gelandangan yang menunggu di pintu masuk Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur.
Proses agihan dilaksanakan dengan semangat saling membantu antara pegawai masjid, pegawai YBK dan sukarelawan yang hadir. Agihan bermula pada jam 11:45 pagi selepas bacaan doa. Setiap gelangan menerima pek makanan dan minuman dan agihan berjalan lancar tanpa sebarang insiden selama 15 minit.
YBK dan pihak Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur komited untuk meneruskan Program Menyantuni Gelandangan ini di tahun hadapan memandangkan sambutan yang diberikan adalah amat baik. Program ini telah menjadi platform kepada YBK dan masyarakat untuk memupuk nilai empati dan kesukarelawan di kalangan mereka yang terlibat.