- Hit: 1649
Kota Bharu, 21/12/2015 - hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan mengadakan Majlis Taklimat Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bahru. Seramai 33 orang guru besar sekolah-sekolah rendah sekitar Kota Bahru hadir. Taklimat ini bertujuan mengajak guru besar beberapa sekolah rendah terpilih sekitar Kota Bahru mengenalpasti pelajar sekolah mereka dari kalangan keluarga miskin atau anak yatim yang layak dipertimbangkan ke Asrama-asrama Kasih YBK Serendah atau Gesir.
Encik Haris Sirman pegawai PPD Kota Bahru telah membantu YBK menyelaras perjumpaan ini dengan jayanya di mana 30 sekolah yaang dijemput tetapi 32 orang guru besar yang telah hadir . Malah dalam kunjungan hormat Pengarah PPD Hj Cek Aziz beliau merakamkan terima kasih dan menyokong usaha YBK ini.
Secara umumnya kalangan guru besar yang hadir menyatakan minat dan akan mengemukakan calon pelajar yang layak sebelum 31/1/2016 untuk dipertimbangankan. Mendengar taklimat program2 yang dijalankan yayasan, terdapat guru besar sekolah yang juga berminat dan menyatakan rasa minat menjemput YBK mengadakan ceramah motivasi di sekolah mereka tahun depan. tidak lama lagi.