- Hit: 1456
Program bersama Universiti Kuala Lumpur Business School di bawah Kelab mahasiswa Perihatin yang dipimpin oleh Senior Lecturer Puan Adibah. Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam di mana membawa pelajar Asrtama Kasih YBK melawat kampus UNIKL di bahaigan Utara Tanah Air.
3/12/2015- bertolak ke Royal College of Medicine Perak (RCMP) Ipoh Perak, Di sana pelajar disambut oleh kakitangan Marketing dan Pensyarah Physiotherapy dan taklimat kursus Nursing, Pharmacy, Radiography dan Physiotherapy. Pelajar pelajar juga diberi peluang memasuki ke bilik mayat bagi melihat sendiri bagaimana cara mahasiswa RCMP belajar. Lawatan dan sambil belajar dii RCMP selesai pada jam 4.30 petang.
Perjalanan diteruskan pula ke Kampus Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET), Lumut. Tiba di Kampus UNIKL MIMET pada jam 9.20 malam dengan disambut oleh En. Adham Pegawai Marketing MIMET. Pelajar dan pelajar UBIS UNIKL bermalam di MIMET selama 2 malam. pelbagai aktiviti telah diaturkan antaranya taklimat kerjaya diberi penerangan oleh En. Adham sendiri. bidang-bidang yang ditawarkan seperti Marine Electrical & Elctronic, Naval Architechture and Shipbuilding, Maritime Operation, Marine Engineering, Ship Construction and Maintenance dan Ship Design. Tidak ketinggalan juga pada sebelah malamnya pengendalian program oleh Students Ambassador MIMET.
5 Disember perlajalanan diteruskan ke Kampus Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim Kedah. Tiba di sana pada jam 11.20 pagi disambut oleh 2 orang Pegawai Marketing iaitu Puan Ummi dan Cik Miza. Seterusnya bersama Students Ambassador MSI, mereka mengendalikan aktiviti Latihan dalam kumpulan sepanjang hari tersebut.
Lawatan telah memberi manfaat kepada pelajar Asrama Kasih YBK, merapatkan hubungan dengan Mahasiswa UNIKL serta mengetahui lebih mendalam mengenai bidang-bidang yang ditawarkan oleh UNIKL. Selain dari kakitangan dan pelajarnya yang peramah, mesra serta mengambil berat. Anak anak Asrama tiba di Asrama Kasih YBK Serendah pada jam 11.30 malam.