- Hit: 1572
Kuala Selangor, 23/11/2015 - Kawasan sekitar Parit Mahang banjir akibat limpahan air Sungai Buloh beberapa hari yang lalu. Walaupun begitu pusat penempatan banjir di SK Parit Mahang ini masih menempatkan hampir 80 keluarga serta 160 orang kanak-kanak.
Bagi tujuan tersebut YBK meraikan 160 orang kanak-kanak di penempatan banjir SK Parit Mahang ini. Kedatangan disambut oleh pegawai serta sukarelawan JKM yang bertugas. Setelah berbincang semua kanak-kanak telah dikumpulkan di satu kawasan dimana satu aktiviti petang berkaitan kesihatan dijalankan. Turut sama mengedarkan 'goodies' kepada kanak-kanak ialah En Sharif Ibrahim, Pegawai daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor, En Zul Zali daripada Pusat Latihan YBK Kuala Selangor serta kakitangan YBK.
Terima kasih kami kepada semua pihak yang terbabit di dalam aktiviti santai petang ini bersama kanak-kanak mangsa banjir.