- Hit: 1765
Rawang, 19/11/2015 - Diusahakan oleh Pn Normah serta keluarga. Dimulakan setahun yang lalu dengan menyewa sebuah rumah dengan kos RM1500.00 sebulan. Kos elektrik dan air dalam RM800.00 sebulan. Pada masa lawatan ini, JKKP kawasan turut serta menguruskan rumah ini. Rumah ini dalam proses mendapatkan pengesahan JKM dan perlu di ubahsuai untuk mengikuti SOP JKM. Asalnya rumah ini menempatkan penghuni lelaki & wanita. Kini keseluruhannya adalah wanita, 1 anak OKU (6 tahun) serta 3 orang lelaki OKU berjumlah 58 orang.
Zakat ada memberikan bantuan mengurus RM8000.00 setahun. Selain daripada itu perbelanjaan mengurus bergantung kepada sumbangan ahli keluarga penghuni serta orang ramai. Pusat ini memang mempunyai akaun tertunggak elektrik & air berjumlah hampir RM5000.00. Amat memerlukan pampers dewasa kerana 70% penghuninya memerlukan pampers dalam kehidupan harian. Semasa lawatan ini dilakukan makanan mentah seperti beras, susu, gula dan lain-lain telah diterima selepas kes ini diviralkan.
Pusat ini setiap minggu secara puratanya dilawati oleh orang perseorangan/ NGO/ IPTA serta unit-unit CSR kerajaan dan swasta.