- Hit: 1631
Puchong, 18/11/2015 – Pn Rokiah tinggal dirumah yang dibangunkan oleh kerajaan persekutuan di bawah program Mesra Rakyat. Keadaan dalaman serta luaran rumah adalah kemas serta teratur. Merupakan ibu saudara kepada Adam dan adiknya. Selain menjaga Adam Pn Rokiah turut menjaga 3 orang anak & anak saudara yang OKU. Sehingga kini Adam serta adiknya tidak mempunyai apa-apa pengenalan diri kerana ia tidak pernah didaftarkan kelahirannya.
Walaupun begitu Pn Rokiah dalam proses mendapatkan hak jagaan keluarga angkat yang diuruskan permohonnya bersama dengan JKKP serta Adun Kawasan. Adam bersekolah di tahun 3 (9 tahun). Pendidikan agak baik dimana peperiksaan akhir tahun 2015 memperolehi tempat ke-2 didalam kelas. Guru kelasnya turut mengambil berat tentang perkembangan Adam dan keluarga ini.
Cadangan kami di YBK adalah untuk menempatkan Adam di ASKA Gesir. Tetapi ia bergantung kepada proses pengenalan diri Adam yang sedang diusahakan kini. Adam berpotensi dan berminat untuk tinggal di asrama. Pn Rokiah juga secara dasarnya bersetuju untuk memasukkan Adam ke asrama supaya kehidupannya lebih baik dan teratur.