- Hit: 1705
Β
Serendah, 17/11/2015 β Yayasan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dari Pahang telah membuat satu lawatan kerja ke Yayasan Basmi Kemiskinan. Lawatan yang diketuai oleh ALPA Yayasan KOSMA, Y.H. Datoβ Sri Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim turut diiringi oleh beberapa ALPA KOSMA. Lawatan kerja ini bertujuan mendapatkan idea-idea yang boleh di kongsi bersama oleh Yayasan KOSMA.
Rombongan ini telah disambut oleh ALPA YBK, Dato Hj Bing Selamat Amir. Seterusnya sedikit imbasan perjalanan YBK selama 25 tahun telah disampaikan oleh CEO YBK, En Zulhairy Jalaludin. Selain itu turut disampaikan aktiviti-aktiviti terkini YBK.
Rombongan juga turut dibawa melawat ke Asrama Kasih Serendah dan diberikan taklimat oleh Pengetua ASKA, Puan Halimaton Sadiah. Terima kasih kepada Yayasan KOSMA dalam program lawatan kerja ini. Semoga ia memberi manafaat kepada YBK dan Yayasan KOSMA.