- Hit: 1463
Kelana Jaya, 7 Mei 2003Β - YBK maju selangkah lagi dalam memberi peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dan kurang mampu dengan terbinanya Kolej Komuniti Antarabangsa di Serendah. Justeru
Satu majlis menandatangani perjanjian usahamasa antara YBK dengan Konsortium Permodalan Usahawan Bumi (KOPUB) telah diadakan di pejabat YBK di Kelana Jaya. YBK diwakili oleh Pengerusinya, Datoβ Haji Zainal Abidin Sakom manakala KOPUB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ishak Ahmad.
Program yang dibiayai sepenuhnya oleh World Council of Peoples For United Nation (WCPUN) di bawah program kemanusiaan (Humanitarian Programme) dan dikendalikan oleh (KOPUB) yang bertindak sebagai pemaju projek dan penyelaras program bagi pihak WCPUN.
Kolej Komuniti Antarabangsa YBK ini akan menawarkan kursus βkursus teknikal dalam bidang kejuruteraan, sivil dan industri. Kolej ini akan menerima pelajar-pelajar dari dalam dan luar negara.