- Hit: 1734
Β Sentul, 26 Oktober 2015 - YBK telah berkunjung ke kediaman En Mohd Faez Mohd Daud seorang insan kelainan upaya di Flat Sri Kelantan, Sentul. Kisah keluarga ini disampaikan melalui facebook oleh insan prihatin. Pendapatan utamanya adalah daripada jualan buah potong secara kecil-kecilan yang terletak berhampiran kediaman ini. Selain itu bantuan JKM dan Baitumal sebanyak RM600.00 sebulan untuk menampung perbelanjaan sekeluarga.Β
Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Mohd Faez Aman (3 tahun) dan Mohd Faez Ilham (1 tahun). YBK telah membantu keluarga ini melalui pemberian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan bagi meringankan beban yang ditanggung. Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan untuk keluarga ini mengharungi cabaran kehidupan.