- Hit: 1317
Kuala Lumpur, 17/4/2015 - YBK telah melancarkan Setem Kenangan bagi meraikan Sambutan Jubli Perak pada 17 April di Sri Hartamas oleh Naib Presiden 11, Jualan dan Perkhidmatan Pos Niaga Pos Malaysia Berhad, Zubir Isa. Setem kenangan ini adalah satu tanda hati daripada YBK kepada mereka yang telah menyumbang dan bersama YBK dari dahulu hingga kini.
Datoβ Zainal, Pengerusi YBK dalam ucapannya berkata motif Jalur Gemilang dan Bunga Raya pada rekabentuk setem adalah perlambangan visi dan misi YBK untuk menjadi sebuah yaysan yang komprehensif dan komited untuk seluruh rakyat Malaysia. Manakala angka 25 melambangkan usia YBK dalam melaksanakan tugas pembasmian kemiskinan.
Sebagai mana fungsi setem sebagai pelengkap kepada surat untuk disampaikan kepada penerima, YBK adalah umpama jambatan yang menghubungkan insan yang memerlukan dengan organisasi atau individu yang ingin membantu, jelas Datoβ Zainal lagi.
Turut hadir Datoβ Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah; Datin Hartini Osman, Pengerusi Sambutan Jubli Perak YBK; Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, Pengerusi Makan Malam Jubli Perak dan Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK.