3 Julai 2015,Bukit Beruntung - Kembara Sinar Kasih Ramadhan YBK berada dilokasi Taman Bunga Raya Bukit Beruntung Selangor. Bersama Cikgu Asmah dari SMKTBR1 skuad YBK menjejaki keluarga berikut untuk sumbangan bersahur dan iftar sebulan Ramadhan
1.Hejah Bt Mat Jaseh. Menjaga 4 org cucu yg semua masih bersekolah yang baru kehilangan ibu akibat penyakit lymphoma. Tiada pendapatan hanya bantuan dari zakat.
2.Mahpuz b Ramli. Bekerja sebagai kalendan lori, menyara 6 orang anak, 4 bersekolah dan seorang (27 th - OKU) dan seorang bekerja sebagai operator kilang.Isteri tidak bekerja kerana menjaga anak OKU
3.Zukiludin b Mohamad. Mengalami kecacatan kekal kaki kanan kerana kemalangan. Bekerja di kilang, menyara 6 anak 5 bersekolah rendah dan menengah. Sumbangan diserah pd isteri Pn Siti Nurbaya
4. Mohamad Jafri Abdul Hamid. Berniaga makanan, menyara 4 anak yang masih bersekolah.
5.Nor Shaffari Mohamed Shahar. Bekerja sendiri dgn tiada pendapatan tetap. Isteri mengidap kecing manis ( sebelah kaki telah dipotong), masih dlm rawatan. Mempunyai 7 org anak 5 bersekolah, seorang (16 th) tidak bersekolah kerana menjaga ibu yg sakit.Bantuan bulanan dari JKM bagi menampung keperluan. Sumbangan diserah kpd anak beliau adik Nur Ain Sakinah

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;