- Hit: 1640
Shah Alam, 30/6/2015 - YBK telah menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2015 kepada Siti Maznah Adnan (52), 018-3719819 dari Seksyen 7 Shah Alam pesakit sakit kanser tulang tahap 4. Mendengar kisahnya bagaimana dia tiba2 diserang sakit tulang 2 tahun lepas tanpa sebarang symptom ke atas dirinya. Walaupun doktor telah menjangka tempuh 3 bulan peluang untuk hidup beliau tidak pernah putus asa berusaha berjuang untuk mengembalikan kesihatannya. Kini keadaan kesihatan terus merudum sehingga kini hanya duduk di atas kerusi roda.
Suaminya Mohd Ahmad Kamal bin Khandias (53) seorang penjawat awam berkata keperluan untuk membiayai kos perubatan isterinya menyebabkan dia sering kesempitan hidup. Di atas sumbangan SKR 2015 ini, beliau dan isterinya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan
Mempunyai 6 orang anak di bawah tanggungnya iaitu Muhd Irsyad (24) belajar di UiTM, Siti Amirah (22) menuntut di Universiti Malaya, Siti Zulaikha (19) sakit, Ahmad Fadly (17) SMK Sekyen 7 Shah Alam, Siti Balqis (12) dan Luqman Hakim (8) bersekolah Sek Kebangsaan Sekyen 6 Shah Alam,