Klang, 29/6/2015 - hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan​ meneruskan aktiviti agihan sedekah berbuka dan bersahur dalam Program Sumbangan Kasih Ramadhan 2015 sebanyak RM560 setiap keluarga. Kali ini di sekitar Kg Jawa Klang. Oleh kerana YBK masih menerima sumbangan kewangan dari orang ramai untuk tujuan Sinar Kasih Ramadhan 2015,  walaupun selepas bermula puasa, maka YBK terpaksa menyerahkan wang tersebut kepada mereka yang layak. Senarai nama penerima dicadangkan Cegu Rahman Hassan (011-21253272) seorang guru SMK Shah Bandaraya Klang.

1) Puan Rohaya Ahmad dari Jalan Sri Pandan Kg Jawa Klang (012-6774613) seorang ibu tunggal yang kehilangan 2 kaki akibat diabetes kronik. Tidak mempunyai sebarang punca pendapatan tetapi menyara menyara 3 orang yang masih sekolah itu Rabiatul Adawiyah bt Salahudin(14)  SMK Shah Bandaraya, Khamsatul Aisyah (12) dan Muhd Arif Ihtisyam (11) bersekolah SK Klang.

2) Puan Noraini Ibrahim (35) seorang ibu tunggal yang kehilangan suami terpaksa menyara 5 orang anak yg bersekolah. Mereka adalah Siti Nor Hajar (17) dan Nurul Fazlina (16) SMK Sri Istana Klang, MOhd Rohidir (13) SMK Shah Bandaraya, Siti Nor Zahida (12), Mohd Habsyah dan Siti Quratul Aini (8) SK Klang. Semasa menerima beliau sangat teruja dan berterima kasih. Melihat keadaan rumah YBK berharap Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Malaysia  akan tampil membantu. YBK sendiri telah menawarkan kepada salah seorang anaknya dimasukkan ke Asrama Kasih YBK bertujuan meringankan bebannya menanggung kehidupan anak-anakanya.

3) Puan Hasimah Muhamad (010-8959839) dari Lorong Kora Raja 8 Kg Jawa Klang seorang ibu tunggal yang kematian suami terpaksa  menyara 4 anak bersekolah dengan mengambil upah menjaga 4 orang anak jiran. Anaknya Fatiha Nadzira (19) belajar di UNISEL, Najihah (16) SMK Shah Bandaraya Klang dan Mohd Zulfaiz (13) SMK Kg Jawa.

4) Puan Adilah Abdul Manap ibu tunggal yang menghadapi masalah saraf yg menyebabkan lumpuh sebahagian anggota badannya. Kini ia hanya menerima bantuan dari anaknya yang bekerja sebagai foreman (012-3583152) untuk menyara 2 orang anak yg bersekolah iaitu Nor Suhailin bt Abd Wahab (14) dan Ahmad Izham bin Abdul Wahab (16) yang masih bersekolah di SMK Shah Bandaraya

5) Zulkefli Ali (018-2312602) dari D3-11 Golden Villa Apatment Jalan Temenggong Taman Sejahtera Klang. Beliau tidak bekerja dan hanya mampu di atas kerusi roda akibat kemalangan jalanraya di jalan 2 tahun lepad di Mehru. Beliau juga pemegang kad OKU PH100413001274.  Namun terpaksa menganggung 5 orang anak bersekolah iaitu Mohd Norhafizzul Syafiq (20) tidak bekerja, Nureen Syafinaz (17) SMK Sg Besar, Faridzul Helmi (16) SMK Shah Bandaraya, Nuqriz Syafee (13) SMK Sri Andalas dan Mikael Imran (8) SK Taman Klang Jaya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;