- Hit: 1601
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2015 – Lawatan sempena menyambut Ramadhan ini, merupakan program sukarelawan YBK meraikan insan yang kurang berkemampuan. Lawatan ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.
Rumah Ehsan Kuala Kubu Bahru ini secara keseluruhannya menempatkan insan-insan yang tidak mampu lagi berjalan. Hanya terlantar di atas katil sahaja. Mereka ini dibantu dan diuruskan oleh kakitangan bertugas. Sebanyak 116 pek kurma diagihkan kepada kesemua penghuni Rumah Ehsan ini. Tugasan agihan telah dilaksanakan oleh sukarelawan serta dibantu oleh pegawai YBK.
Semangat YBK Peduli! ini akan terus diterapkan di dalam program-program yang lain terutamanya program sukarelawan.