- Hit: 1670
Sabak Bernam, 21/6/2015 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari meneruskan aktiviti mengagihkan bantuan berbuka dan bersahur kepada keluarga miskin dalam Program Sinar Kasih Ramadhan 2015. Kali ini di Kg Taluk Rhu Sabak Bernam dengan dibantu oleh En Mohd Khairi Yunos bekas pegawai yayasan telah menyampaikan sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2015 kepada 3 keluarga miskin di sini. Mereka adalah Puan Tumirah Saari Lot 2993 Jalan Besar Kg Teluk Rhu, Nazri Murad Khusnan dari Jalan Hj Karim Utara Kg Teluk Rhu dan Puan Salbiah Sahlan juga dari kampung yang sama.
Puan Tumirah Saari (58) merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 3 orang anak pesakit mental yang mencari rezeki dengan melakukan kerja kampung mengambil upah dan mencari siput sungai. Anak-anaknya adalah Zainon bt Hambali (29), Riduan bin Hamli (27) dan Nizam Hamli (37). Semua anak-anaknya merupakan pesakit mental yang tidak bekerja selain dari mengambil upah seperti membersih rumah jiran. Disamping itu anak-anaknya juga kerap mencari hasil hutan seperti sayur kampung sehingga sering sesat dalam hutan.
Nazri Murad Khisnan (50) pula bergantung kepada kerja mengambil upah memotong rumput dengan pendapatan tidak menentu terpaksa menanggung 6 orang termasuk 5 yang masih bersekolah. Isterinya Puspitahati bt Abdullah suri rumah sepenuh masa. Anak-anaknya adalah Faezaki Isuddin (19) dan Faezul Zakri (18) sedang belajar di Kolej Yayasan Melaka, Nurul Aleya (16) dan Farezani Izdin (4) sedang belajar di SMK Munsyi Abdullah Sabak Bernam dan Nurul Erewn juga sedang balajar di SK Munshi Abdullah Sabak Bernam.
Manakala Puan Salbiah Sahlan (70) seorang ibu tunggal yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat duduk bersama dengan 6 orang anak yang tidak bekerja tetap. Anak-anaknya adalah Sarimah, Sarifah, Maimunah, Zulkefli, Zulaifah dan Musatafa
Sumbangan ini adalah merupakan sebahagian 106 isi rumah yang dikenalpasti oeh yayasan menerima bantuan Sinar Kasih Ramadhan 2015 berdasarkan sumbangan yang diterima sebelum bermula bulan puasa.