- Hit: 1912
Kuala Ketil Baling, 16/6/2015 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyerahkan sedekah berbuka dan bersahur sebanyak RM560.00 setiap 5 isi rumah miskin terpilih sekitar Kuala Ketil Baling. Mereka telah dicadang oleh Cegu Munawir Azizan (012-4755104) guru kanan SMK Kuala Ketil yang juga merupakan Penyelaras Program KUNTUM di sekolah tersebut. Walaupun hanya 5 keluarga tetapi ia sarat dengan cerita sedih. Mereka adalah insan-insan terpilih kerana tabah dengan ujian Allah. Mereka yang menerima bantuan adalah.
Mohd Yusoff Ariffin (55) dari Kg Jerong Kuala Ketil berkerja kampung mengambil upah mengutip buah kelapa sawit dengan 8 anak di mana 6 orang masih bersekolah. Sumbangan diserahkan kepada isterinya Sarifah bt Sarip (44) yang tidak bekerja. Anak-anaknya adalah Nur Syafiqah (17) dan Nur Nazifah (14) bersekolah di SMK Kuala Ketil, Mohd Rahimi (12), Nir Syifa Izzati (9), bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dataran Muda Kuala Ketil dan Nur Anisah (5) di tadika. Manakala 3 lagi iaitu Mohd Fauzi (18), Mohd Rodhi (20) dan Nur Hidayu (23) tidak bekerja.
Jamal Abu Hassan (35) dari Kg Jerong Kuala Ketil. Sumbangan diserahkan kepada isterinya Sofiah bt Saidin (37) tidak bekerja. Jamal sedang melakukan kerja hariannya iaitu mengambil upah kutip kelapa sawit untuk menanggung 5 orang anak dan tinggal di atas tanah rezab Jabatan Perparitan & Saliran dan rumah yang disumbang oleh KEDA. Anak-anaknya adalah Muhd Suhaimy (14) dan Muhd Safirol (13) bersekolah di SMK Kuala Ketil dan Juhanafiza (10) bersekolah di SK Dataran Muda. Manakala 2 orang anaknya tiodak bersekolah niaitu Muhd Rafiq (5) dan Nursyaliza (3)
Harizal Ishar dari Kg Jerong (48) memengambil upah menoreh getah menanggung kehidupan isteri dan anak-anaknya. Semasa YBK mengunjungi mereka, rumahnya yang serba kekurangan di batu 8 Kg Jerung, tampak kesusahan kehidupannya. Isterinya Jamilah bt Ahmad (45) tidak bekerja. Anak-0anaknya Murni (20) dan Zikri (18) tidak lagi bersekolah dan masih menunggu peluang untuk ditempatkan mana-mana kolej atau institusi kemahiran. Buat masa ini melakukan kerja kampung. Manakala anak-anaknya yang lain Husnah (15) sekolah di SMK Kuala Ketil dan Muhd Azri (12) dan Nur Amirah (9) sekolah di Sekolah Kebangsaan Dataran Muda Kuala Ketil.
Puan Rohani Ponnamah Abdullah (48) seorang ibu tunggal dari Kg Kuala Temakah Kuala Ketil. Beliau merupakan seorang saudara baru dan mewarisi Islam dari bekas suaminya yang telah meninggal dunia pada tahun 2007. Ketabahannya menangggung anak-anak bersekolah dan ibu kandung yang terlantar akibat stroke. Puan Rohani Ponnamah Abdullah hanya bekerja kilang dengan gaji RM500.00 terpaksa menyara 3 orang anak iaitu Rosyini bt Hassan (13) bersekolah di SMK Kuala Ketil, Remachi dan Reenachi bt Hassan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka Kuala Ketil. Beliau tabah walaupun tinggal dalam komuniti masyarakat hindu. Islam yang diwarisi dari arwah suami tidak lansung menggugat imannya sedangkan semua 11 adik beradik dan ibunya masih hindu.
Puan Na Hasinah Lateh ibu tunggal dengan 7 orang tangungan dan 3 bersekolah. Begitu juga Puan Na Hasinah Lateh ibu tunggal menjaga 3 orang anak termasuk seorang OKU terus bersemangat walau dalam keadaan serba daif. Budi bahasa yg dipamirkan begitu baik apabila tetap menjemput YBKJ dan cegu Munawir makan nasi lain kali.