- Hit: 1564
SHAH ALAM, 9 Jun 2015 - Program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) yang sinonim dengan YBK telah dilancarkan melalui sidang media yang diadakan di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam. SKR merupakan program tahunan yang diadakan menjelang bulan Ramadhan, di mana objektifnya adalah untuk mengajak masyarakat menderma kos berbuka dan bersahur sepanjang Ramadhan bagi keluarga miskin terpilih. Tahun ini YBK mensasarkan 200 buah keluarga dengan nilai bantuan sebanyak RM560 sekeluarga.
Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya melahirkan rasa syukur atas perlaksanaan program ini yang masuk tahun ke-7. Juga, beliau menyeru masyarakat untuk sama-sama menderma sambil beramal, selaras dengan hadis Rasullullah S.A.W. yang menekankan ganjaran pahala bagi individu yang memberi makan berbuka di bulan Ramadhan. Dalam majlis yang sama, YBK turut menerima sumbangan daripada beberapa organisasi dan individu.
Mereka yang ingin menderma boleh menyerahkan cek atas nama 'YAYASAN BASMI KEMISKINAN', atau melalui akaun YBK (Bank Islam Malaysia Berhad) no. 1203 8010 0021 32 dengan slip bayaran di faks kan ke talian 03 7843 0719. Maklumat lanjut, boleh menghubungi ibu pejabat di talian 03 7845 0036.