- Hit: 1683
Gesir, 25/5/2015 - hari ini Asrama Kasih YBK Gesir mengadakan mesyuarat Lembaga Penasihat Asrama YBK Gesir buat kali pertama setelah Lembaga Pemegang Amanah YBK meluluskan penubuhannya pada tahun lepas. Ahli Lembaga Penasihat Asrama yang dilantik oleh Pengerusi YBK terdiri daripada Dato Bing Selamat Amir (ALPA), Pengetua Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah, Pengetua Sekoah Rendah Agama Kg Gesir Tengah, Pengerusi Jawatankusa Penduduk Kg Gesir Tengah, Ketua Balai Polis Behrang dan Doktor Klinik Kesihatan adalah mereka yang dijangka dapat membantu dan memberi sumbang saran kepada YBK.
Matlamat Panel Penasihat ini antara lain adalah untuk membantu YBK melaksana dan memperaku peraturan asrama serta cadangan menambah baik program asrama meningkatkan prestasi akademi pelajar yang kini seramai 40 orang.
Mesyuarat kali secara dasar bersetuju dengan pelbagai rancangan sekolah seperti tuisyen dan program champion bagi memastikan peningkatan prestasi pelajar terutama 10 yang sedang menghadapi peperiksaan UPSR. Lembaga Penasihat juga berpuas hati dengan sistem dan peraturah yang diamalkan di asrama.