- Hit: 1610
Kg Benting Dalam Kluang, 23/5/2015 – YBK melalui unit sukarelawannya telah mnyertai program yang dianjurkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) daerah Kluang di Kg Beting Dalam, Kluang Johor. Program yang pertama kali dianjurkan ini memberi peluang kepada penduduk setempat serta anak kampong yang berada di perantauan pulang dan bersama-sama memberikan kerjasama dalam mengeratkan silaturahim dan kesejahteraan kampong.
Program ini bermula dengan kunjungan mesra melawat 38 buah rumah insan yang kurang berkemampuan. Ada diantaranya yang uzur, terbabit kemalangan serta sakit kronik seperti angin ahmar. Sebelah petangnya program diteruskan bersama saudara Ameng Spring yang dibawa khas daripada penjara Kluang untuk memberikan motivasi dan pengalaman hidupnya yang terlibat didalam najis dadah kepada belia-belia kampong.
Seterusnya program bacaan yasin dan tahlil telah dijalankan selepas solat maghrib. Semoga program sehari ini dapat memberikan sedikit kegembiraan dan pengetahuan kepada komuniti kampong Beting Dalam.