Serendah, 24/3/2015 - Pagi ini YBK mengadakan perbincangan dgn Pegawai PPD dan Pengetua SMK Serendah. Perbincangan menjurus kepada bagaimana meningkatkan pencapaian prestasi pelajar Asrama Kasih YBK di SMK Serendah. Seramai 140 orang pelajar Asrama Kasih YBK Serendah belajar di sekolah ini.

Pengetua sekolah Puan Mazmin Muhamad telah mengambil mengambil iniasitif dan pendekatan proaktif memanggil pegawai PPD Encik Abu Mansor dan Pegawai dan Pengetua Asrama Kasih YBK mengadakan perbicangan pagi ini. Hasil perbincangan Pengetua dan PPD memperakukan

1. Pengetua SMK Serendan akan menyediakan 'coaching' kepada Pengetua ASKA bagaimana meningkatkan prestasi pelajar asrama di sekolah 2. Pengurusan ASKA dibenar mengakses Sistem Headcount Berpusat Pelajar, iaitu instrument memantau akademi pelajar. Dengan ini Pengetua dari masa boleh menyemak dan memperbaiki prestasi pelajar  3. Pegawai PPD akan menyediakan Sesi Motivasi Pelajar Asrama Kasih YBK dari masa ke masa 4. Menagdakan diskusi nurani dgn ibubapa pelajar dengan PPD dan Asrama Kasih YBK supaya ibu bapa lebih faham dengan peranan mereka menyokong prestasi anak mereka dan 5. Memperakukan Exit Policy kepada pelajar yang tidak gagal meningkat prestasi dan sahsiah mereka..

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;