- Hit: 1672
KUALA LUMPUR, 14 Mac 2015 - Aktiviti bulanan menyantuni gelandangan oleh YBK telah dilaksanakan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Aktiviti berupa agihan makan tengahari bersama minuman sebanyak 100 pek dilaksanakan dengan kerjasama pegawai YBK, sukarelawan dan kakitangan masjid.
Agihan bermula pada jam 12 tengahari di pintu utama masjid. Gelandangan yang berkumpul dengan tertib disiplin telah beratur untuk menerima pek makanan. Selepas sesi bacaan doa, pek makanan diedarkan dan urusan agihan selesai dalam masa 30 minit.
Inisiatif menyantuni gelandangan ini merupakan aktiviti bulanan yang telah berlangsung sejak bulan Ogos 2014. Aktiviti yang berlansung setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan adalah komitmen YBK bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur untuk terus membantu golongan ini dan menzahirkan semangat YBK Peduli!