- Hit: 1943
Hari ini admin mengambil peluang berjumpa dengan Dato Ramli Norani di bandar Sg Besar selepas menghadiri majlis perkahwinan seorang pegawai YBK di Sg Panjang. Tak ada sebarang temujanji admin terus ke rumahnya No 51 Taman Ehsan Sg Besar pada jam 3.30 petang. Selepas memberi salam Dato Ramli membuka pintu dan terus mengajak saya masuk rumah.
Soalan pertama dia kepada saya, ‘apa khabar YBK sekarang ?’ Saya secara pantas menjawab ‘shukur, sentiasa dilindungi. Ini tahun yang ke 25 YBK. Jadi saya nak interview tentang pengalaman Dato bersama YBK’. Dia merenung saya, ‘ingat lagi kau dengan aku ye !’ Saya jawab ‘ingat ! malah semua ALPA dan pegawai kanan YBK saya jumpa Dato’. Saya juga menjelaskan secara ringkas rancangan program yang sedang dirancang sempena sambutan Jubli Perak YBK. Saya beritahu Majlis Makan Malam YBK. Saya bagi YBK telah menjemputnya. Insyallah katanya.
Sebelum saya memulakan perbualan, beliau mula bertanya beberapa orang watak penting dalam YBK. Antaranya Puan Sainah Ani Arop, Dr Mizan, Kpt Haris, Jamaluddin Jamal dan Major Rahim. Dato Ramli memberitahu, mereka jangan dilupakan kerana mereka adalah mereka watak-watak yang penting dalam YBK
Buat masa ini, Dato Ramli Norani masih meneruskan perniagaan seperti hartanah, disamping aktif dalam Lembaga Pertubuhan Peladang, Persatuan Penjaja Kebangsaan dan menjawat jawatan Timbalan UMNO Sg Besar. Belum sempat saya tanya kenapa dia menjawab dia berbuat demikian supaya dia terus bersama kepimpinan.
Menceritakan pengalamannya bersama YBK, Dato Ramli tampak ceria dan penuh bangga. Penglibatan Dato Ramli, adalah ketika YBK memulakan sayapnya dalam melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan. Berkebetulan ketika itu banyak progam baikpulih rumah, lindungan kasih dan desa kasih di kawasan Sabak Bernam dan beliau merupakan pemimpin di sana, peranan dan sumbangannya sangatlah signifikan. Beliau dapat merasakan bagaimana YBK sebagai NGO sentiasa mengisi paparan media akhbar dan disebut-sebut rakyat seluruh negeri Selangor.
Menurut beliau lagi, perhubungan beliau dengan Pengasas, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Pengerusi, Dato Zainal Abidin Hj Sakom agak peribadi. Maka itulah sebabnya beliau komited dan yakin dengan perjuangan YBK sebagai NGO yang membantu orang miskin di Selangor. Rakyat Selangor umumnya melihat YBK sebagai NGO yang sangat berkesan. Dato Ramli Norani berani memberi pendahuluan sebanyak RM1.2juta kepada YBK untuk memulakan perniagaan agen Produa dalam syarikat milik YBK iaitu YBK Service Sdn Bhd
Akhirnya beliau merakamkan terima kasih masih mengingatinya. Walaupun telah 17 tahun meninggalkan YBK, semua kenangan baik bersama YBK tetap jadi ingatannya. Beliau berharap YBK akan terus aktif dan sentiasa menjadi perbualan rakyat, YBK adalah NGO yang membantu isi rumah miskin. Macam dulu apabila YBK sentiasa turun padang mendekati dan bersama dan harapan rakyat miskin di Selangor. YBK mesti buat banyak program yang memberi faedah kepada rakyat miskin. Walaupun telah telah mengembangkan saya perniagaannya, YBK hendaklah fokus dengan objektifnya iaitu membantu membasmi kemsikinan. Beliau juga berharap YBK dapat merancang satu perhimpunan semua kakitangan yang pernah berkhidmat dengan YBK dan anak syarikat. Perhimpunan ini adalah sebagai penghargaan kepada semua orang yang pernah berkhidmat dengan YBK.