KUALA SELANGOR, 25 April 2024 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah menyampaikan perkongsian motivasi kepada para pelatih Pusat Latihan YBK Kuala Selangor (PLYBK) pagi ini.
Beliau yang telah dijemput oleh pengurusan PLYBK telah menyampaikan perkongsian kepada lebih 90 orang pelatih ambilan baharu dan juga lama, dan sesi ini merupakan sebahagian daripada pengisian minggu orientasi. Antara perkongsian yang diberikan adalah berkenaan biodata dan pencapaian, kepentingan menetapkan matlamat hidup dan berfikiran positif, belia dan sumbangan, serta pengalaman di program kapal belia (The Ship for Southeast Asian Youth Program - SSEAYP).
Turut bersama, Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) yang turut memberikan perkongsian berkenaan 'Aku 2050' dengan menyeru para pelatih melihat di mana diri mereka 25 tahun akan datang dan kepentingan untuk sentiasa mensyukuri kehidupan.
Sesi ditangguhkan dengan penyampaian cenderahati oleh Encik Zulkifli Zali (Pengurus PLYBK). Sesi turut dihadiri oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Pengurus Jabatan Pembangunan PLYBK), Encik Mohd Hazli Had (Pengurus Jabatan Latihan PLYBK), Encik Madzwan Sabtu (Pengurus Hal Ehwal Pelajar PLYBK) serta tenaga pengajar PLYBK.
Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan
Read more