Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (PLP-SPKR) adalah sebuah program Pendidikan & Latihan, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah melalui peruntukkan Pejabat Pembangunan Negeri. YBK telah menerima sebanyak RM 571,842 pada tahun 2003 dan RM 100,000 pada tahun 2005.


Senarai penuh Pelatih PLP-SPKR


PLP SPKR 2003

YBK membiayai kos latihan kemahiran 95 orang pelatih daripada seluruh negeri Selangor. Pelatih ini mengikuti program kemahiran di kolej komuniti YBK sepanjang bulan Ogos 2003 hingga Januari 2004 di mana penempatan mereka adalah di Institut KUNTUM Dinamik, IKD (20 orang); Institut Teknologi Mutiara YBK, ITMY (18 orang); Akademi Kejuruteraan Mutiara, AKM-YBK (47 orang); dan Institut Teknologi Komuniti, ITK-YBK (10 orang). Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Pembantu Juruteknik Sistem Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Pembantu Tadbir Sistem Maklumat dan Mekanik Kenderaan Motor.

Hasil program ini seramai 51 orang bekas pelatih (54%) telah berjaya mendapatkan pekerjaan di pasaran pekerjaan, seramai 35 orang pelatih (37%) masih mencari pekerjaan sementara 6 orang (11%) pula sedang melanjutkan pelajaran ke Tahap 2 di Pusat Latihan YBK. Kajian juga mendapati bahawa daripada 51 orang bekas pelatih yang bekerja, seramai 48 orang (94%) adalah pekerja (workers), sementara 3 orang (6%) pula bekerja sendiri (self-employed). Malah daripada 51 orang yang bekerja, seramai 47 orang (92%) bekerja sepenuh masa, sementara 4 orang (8%) pula bekerja separuh masa atau sambilan.

Seramai 10 orang iaitu 19.6% bekas pelatih PLP-SPKR yang bekerja telah mendapat pendapatan bulanan RM500 ke bawah. Sebanyak 58.8% iaitu 30 orang telah mendapat pendapatan antara RM501 – RM750 sebulan. Terdapat 9 orang (17.6%) berjaya mendapat pendapatan antara RM751 hingga RM1,000 sebulan, dan 2 orang pula berjaya memperolehi pendapatan RM1,001 keatas. Mereka merupakan bekas pelatih Akademi Kejuruteraan Mutiara YBK dalam kursus Mekanik Kenderaan Motor tahap 1 dan 2. Mereka ini juga adalah bekas pelajar dari Akademi Kejuruteraan Mutiara YBK (Pusat Latihan YBK).

PLP SPKR 2005

Seramai 20 orang telah mengikuti program latihan kemahiran sepanjang bulan Julai hingga Disember 2005. Mereka yang terpilih telah ditempatkan di institusi-institusi latihan YBK iaitu di Institut KUNTUM Dinamik, IKD (2 orang); Akademi Kejuruteraan Mutiara Kuala Selangor (12 orang); dan Institut Teknologi Komuniti Banting (6 orang). Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Pembantu Juruteknik Sistem Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Pembantu Tadbir Sistem Maklumat dan Mekanik Kenderaan Motor.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;